YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES
Inspiring Quotes, Inspiration Quotes, Inspiring Sayings

Thursday 6 December 2012

Amir Syafiq Ahmad Zafian Ridzuan :')


Sahabat sampai ke syurga .
Kalau kau sakit , aku jaga kau . Kalau aku sakit , kau dah macam awek aku .
InsyaAllah , nanti kita jumpa lagi . Sama-sama berjaya .
Sumpah benda ni jadi draft since bulan 10 lagi .
Tapi aku sebak bila nak tulis . And now , taktau nak tulis apa -,-
Apapun , aku sayang kau . Hahahahahahaha

Didn't want to do it, but had to . It's leaving Sekolah Tuanku Abdul Rahman :')


Kami masuk 8 Januari 2008 . Ada yang Februari , ada yang Mac sampai la ke April . Dan ada yang masa 2011 . Memang berbeza , sorang first intake , sorang lagi second-third intake . Yang lain dipanggilnya freshie . Yeah , tapi kami semua sama . Kami semuanya OVIIANS !

 Bangun pagi sama-sama , 
subuh tak pastilah sama-sama ke tak -,- 
pergi sekolah sama-sama , 
makan kat Epoy sama-sama walau tak sedap . 
Budak STAR bagi biskut lemau pun makan . 
Solat Dhuha sama-sama . 
Tidur time kelas Ustaz Kamil sama-sama . Sorry Ustaz :) 
Pergi dining sama-sama . 
Main futsal , bola , rugger , hoki , basketball , kriket pun sama-sama . 
Yang paling best kalau Team STAR ada match , kita sama-sama hilangkan suara turun cheer . 
Kutuk Koleq walau takdak sebab  pun sama-sama . 

Tapi , semua ni takkan ada dah . 
Lepas ni , tiada lagi ucapan dari Paan . 
Tiada lagi ikrar dari Sabeh dengan Ammar time assembly .
Tiada lagi suara Pexma sound juniors .
Tiada lagi Don menjerit conduct cheer .
Tiada lagi suara merdu  Hakimi nak azan kat surau .
Tiada lagi suara Jijoe jadi imam surau .
 Tiada lagi main touchby sama-sama .
 Tiada lagi main bola dekat wembley .
 No more turf , songkok , infinity blablablablabla.....

Semuanya hanya menjadi sisa kenangan yang tak mudah luput dalam fikiran kita . Ingat lagi tak masa restu ilmu ? Waktu tu kita berdiri satu line tengah tengah panas 135 orang (2 orang lagi tertidoq) . SPM tak mula lagi , tapi kita dapat rasa betapa dekatnya hari untuk tinggalkan Ipoh . Betapa sedihnya , sampai Pexma yang menang anugerah Digeruni pun menangis . Waktu tu semua minta maaf sama-sama . Takdak gaduh-gaduh lagi . Sumpah muka sekor-sekor kalau ambik gambaq mesti buruk gila . Hahahaha . Tapi semua ni takkan terjadi lagi . Zaman kita dah habis . 

Tapi ingat , OBW 2032 batch kita yang organise . InsyaAllah panjang umur kita sama-sama organise , and orang cakap oldboys weekend ni , don't bring your wife together . Hahaha , semuanya 17 again . Apapun guys , ingat . 

Forever STAR , hate Koleq !

Assalamualaikum ;)

Long live OVII !

Puisi Abah :')


Malam tadi dari kejauhan aku melihat
Dengan mata hati ku yang tak pernah pejam
Pada anak-anak yang berpesta
Di dalam dewan gemerlapan The Regency Tower
Tenggelam dalam hilai tawa
Dan tepukan yang gempita
Walau dihati mereka 
Ada lara 
Ada duka 
Ada nestapa
Kerana esok atau esoknya 
Mereka terpaksa membina sebuah tugu 
Yang akan menjadi mercu tanda
Sebuah perjalanan yang pasti 
Bagi setiap susuk yang bernama STARian

Fivers 2012
Semalam kalian berpesta 
Menyambut kedatang Graduasi yang tidak dinanti
Perlambangan tamat sebuah misi
Selama lima musim anda di alma mater ini.
Diwajah mu terpancar keriangan 
Lenggok jalan mu trserlah kepuasan
Namun dipenjuru hati mu tertanam keresahan 
Kerana esok adalah hari penghabisan
Hari yang engkau mengheret bagasi 
Sarat berisi pengalaman
Pahit manis 
Hancing haring
Yang telah kau kutip sepanjang berkelana di sini
Sepak terajang di padang bola berhempas bergumpal merebut trofi di padang rugbi
Berpeluh bermuntah berlatih lari
Berbengkak berlebam di padang hoki
Semuanya akan bersemadi digaleri sepi
Hanya dipunggah pada kesempatan bertemu 
Bila ditakdir Illahi

Dan aku di kejauhan ini 
Ingin sangat bersama kalian disaat begini 
Namun hati tak kesampaian melihat titisan aitmata
Cuma aku mohon kemaafan 
Andai di sepanjang kesempatan bersama
Ada bahasa lisan yang menembusi hati
Ada bahasa badan yang menggoncang emosi
Dan di hati ku tetap berbadai duka 
Bergelora nestapa 
Kerana disini langkah perpisahan bermula

SALAM SAYANG BUAT SEMUA ANAK KU -Fivers 2012

terima kasih tokya  .

Sunday 19 August 2012

Bye Ramadhan :')



Insyaallah tahun depan aku taknak sia-siakan lagi Ramadan aku . Aku menyesal . Assalamualaikum :')

Tuesday 12 June 2012

we must reinvent love !

random #3

If I want Mrs. Right I have to be Mr. Right .

random #2


"belajar dulu . bila dah pandai pandai , barula boleh cari ." -mama

MSSM .

Takmau cakap banyak . Tapi referee time lawan Kelantan tu memang macam haram bias dia . Adala sikit gambaq aku . Oldboy yang ambik .

on your mark 
i'm number eight . depan tu hazman , budak sdar



kecewa , hitam , semuanya ada

#yang kuat tak selalunya menang - Tok


-mohd zullasre

beautiful may

MAY

Kenapa aku cakap 'beautiful may' ?


1. new boots : khas untuk mssm . penat kumpul duit . finally dapat jugak :)

nike mercurial miracle 

2. Selamat Hari Guru :)

    Tahun ni aku la manager hari guru . Sebulan awal dah prepare . Paling best all teachers said , ni celebration yang paling awesome . Aku puas hati . Sangat-sangat puas !

Mrs Yip and me :)

3. 39th HKSBP
    Okay , actually aku tak involve pun dalam hksbp ni . Semuanya sebab training mssm . Tapi selalunya lepas training aku akan lepak dengan Paan , Aji (budak Koleq) dekat khemah-khemah hksbp . Aku tengok semua orang pakai kemas . Kitorang pulak selekeh , serabai , hitam , semua adalah . Tapi , aku rasa aku ada terlibat jugala dengan hksbp ni . The Closing . Aku pergi sebab nak tengok kemeriahan suasana hksbp and aku nak tuntut janji aku belanja sahabat aku yang datang jauh dari mana entah . Tu sajalah kot . Tapi macam enjoy semua orang :)
i'm involved !
4. Happy birthday Mohd Zullasre :')
   
Birthday tahun ni tak best sangatla . Entahlah :/
-mohd zullasre
   

Sunday 13 May 2012

mama :')



The sea is calm ,
The water is blue ,
My dearest mum ,
I love you :')

-mohd zullasre

Thursday 3 May 2012

Doakan aku . Esok start selection team Perak . Kalau dapat , Alhamdulillah . Kalau tak , nak buat macam mana , dah takdak rezeki :)

-mohd zullasre

Sunday 22 April 2012

Hmm..

Sorry mama , ayah . Midyear jatuh sikitlaa .. Addmaths and Mod-Maths hari tu demam . Sorry kalau tak dapat nak perform sangat . Lagipun Mohd Zullasre busy sangat dengan rugby . Okay , Mohd Zullasre janji akan struggle for the trial exam yang lagi empat bulan . And janji nak main rugby sampai jauh bagi mama dengan ayah bangga :')

-Mohd Zullasre

Friday 16 March 2012

diam sudahlah :)

Sorry kalau post kali ni agak jiwang sikit . Tapi aku still nak kaitkan 'cinta' dengan Islam . Ni hasil dari aku baca buku and blog blog orang . Tapi still ayat aku la . Enjoy this :)

Kalau kita ...sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita .



impian semua kaum Adam :)






Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri



Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan






If I really love her, I won’t touch her.
Not even the slightest bit.
I’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in my heart for a few more years ..
then I can do it the halal way

“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)

sumber : blog orang , buku and ayat sendiri :)

-mohd zullasre

Thursday 15 March 2012

sorry :')

To My Badar friends , aku nak minta maaf banyak-banyak sebab aku , orang pandang badar tu satu organisasi yang tu la , yang ni la ... Aku tau , aku dah banyak buat dosa . Aku turun training tak tutup aurat , aku escape subuh and maghrib jemaah , kadang-kadang aku mencarut . Aku menyesal . Sumpah . Especially dekat Uthman , Safwan dengan Latiff . Aku minta maaf banyak sesangat. Sorry ya guys . Aku janji taknak buat lagi . Insyallah :')

-mohd zullasre

aku cuba

Mesti ada orang tertanya kenapa aku buat blog baru ? Sebabnya aku nak 'hidup semula' . Dengan kelahiran blog ni , aku nak cuba dekatkan diri aku dengan Pencipta kita . Itulah sebab aku buat post dalam blog ni ala-ala islamik sikit . Nanti mesti ada orang cakap , " bajetnya budak ni , ingat bagus sangatlah tu " . Guys , bagila aku sikit masa . Serius aku tak tipu , aku cuba untuk berubah . No more buka aurat , mencarut and so on . Lagipun aku ada niat macam ni sebab aku ada kenal seorang kawan yang secara tak langsung dia 'macam' ajar aku erti kehidupan . Tak perlula kot aku nak mention nama dia dekat sini , takut dia blushing terlebih . Okaylah , aku rasa dengan izin Allah , aku dapat istiqamah dengan niat aku ni . Amin :)

-mohd zullasre

Wednesday 14 March 2012

" Love is unbalance of phenylalanine hormone . " - Mr Tan


-mohd zullasre

Tuesday 13 March 2012





Exam ? Cuma 6A . Bersyukur . Tak menyesal pun . Nanti buat baru okay . Just keep smiling :)


-mohd zullasre

Sunday 11 March 2012


-mohd zullasre

10 pesanan Rasulullah kepada Wanita



1. Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) solehah. (Riwayat Muslim)

 2. Wanita yang memakai bau-bauan dan kemudian keluar melintasi lelaki ajnabi dengan niat mahu mereka mencium bau harumnya adalah perempuan zina. Dan setiap mata yang memandang juga adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)

3. Wanita di kahwini kerana empat perkara iaitu hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka carilah yang kuat beragama. Nescaya kamu beruntung.

4. Apabila wanita sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan di bulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah di mana mana pintu syurga yang dia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).

5. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias bukan untuk suami dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat. Tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)

6. Apabila seorang wanita lari dari rumah suaminya, tidak terima sembahyangnya sehingga dia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya memohon maaf. (Riwayat dari Hassan)

7. Wanita yang taat kepada suami, semua burung burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan beristighfar baginya selama dia masih taat kepada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

8. Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasulullah SAW : Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka di haramkan muka dan tangannnya dari bakaran api neraka.

9. Setiap wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan menghadapnya.

10. Ya Fatimah, jika seseorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya. Memberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan di dapati kubur menjadi sebuah taman dari taman taman syurga serta mencatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.♥

Permulaan yang baik :)

After final game against Anderson School , Coach Nahar asked me a question , "Amree ,what's your full name ?" . "Mohd Zullasre ." I answered . I didn't know why he asked my name . Then I put a bag of ice on my injured left ankle . After Coach Nahar announced STAR as the champion , he announced Best Backline , Best Forward and MVP . Siapa tak terkejut kalau baru start main time form 4 tetiba dapat Best Forward kan ? hahahaha ! ( tetiba cakap melayu ) . Alhamdulillah , aku dapat title District Best Forward . Hopefully aku dapat maintain perfomance aku in the next stage . Ni cabaran untuk aku and aku dah membuka tirai career rugger aku dengan baik . Amin :)

p/s : aku bukan budak cobra punnn =P

-mohd zullasre

huh -,-

I'm here with my confession ,
Got nothing to hide no more ,
I don't know where to start ,
But to show you the shape of my heart .

-mohd zullasre

cair and kena makan =P

Nak buat macam mana , sama sama takde reeki . Kan ? :)

-mohd zullasre